penyewa dari neraka
'Hancur jahanam apartment saya disewa lelaki ini!' - Pemilik terkejut rumahnya musnah dan bil elektrik RM1,955
Simon memuat naik 30 gambar dan video di Facebooknya menunjukkan betapa
teruk kerosakkan yang dialami dan terpaksa menanggung kos ribuan ringgit
untuk membaiki semula kediamannya.
Difahamkan, kediaman Simon ini telah di M City, Jalan Ampang, dan
disewakan kepada lelaki bernama Mohammed dari Arab Saudi, melalui
Airbnb.
Mohammed menyewa rumah berkenaan selama enam minggu dan kerap menyambung tempoh sewaannya dari minggu ke minggu.
"Kali ini dia terlupa nak sambung. Jadi pada hari dia sepatutnya keluar,
cleaner saya pergi dan mendapati rumah itu berada dalam keadaan teruk.
Kami tidak dapat mengejutkanya dari tidur sehingga terpaksa meminta
pihak pengawal keselamatan datang membantu," katanya.
Berdasarkan gambar, rumah berkenaan sangat kotor dan hancur. Keadaan
perabot yang tercabut dan tidak diletakkan di tempat asal, malah dinding
juga mempunyai kesan calar yang sangat ketara.
Selain itu, terdapat kesan kotoran di tangga dipercayai tumpahan air
minuman, air kopi di meja dan juga tilam. Ruangan memasak juga sangat
kotor.
Lebih teruk lagi, peti ais dan beberapa peralatan memasak juga berada
dalam keadaan kotor dan tidak dicuci. Microwave juga tidak ditutup
selepas digunakan.
"Dia buka semua gajet dan keluarkan baterinya dengan menggunakan pisau.
Powerbank, telefon dan laptop. Banyak yang kami temui dalam rumah ini,"
katanya.
Simon tidak menolak kemungkinan lelaki ini adalah penagih dadah
berdasarkan penemuan objek seperti paip yang dipercayai digunakan untuk
menghisap dadah.
Untuk mengembalikan rumah ini kepada keadaan asal, Simon terpaksa
menanggung kos baik pulih dan menyerahkan semua invois kepada pihak
Airbnb dengan harapan dia mendapat sedikit pampasan.
Malangnya Airbnb enggan bertanggungjawab di atas kerosakan yang dialami
menyebabkan Simon berang dan menasihat mana-mana individu yang ingin
menyewakan rumah mereka melalui Airbnb, berfikir masak-masak sebelu
menanggung kerugian seperti yang dialaminya kini.
Difahamkan juga, ada beberapa pemilik rumah pernah membuat aduan mengenai lelaki terbabit yang juga didakwa telah menghancurkan rumah mereka.
Difahamkan juga, ada beberapa pemilik rumah pernah membuat aduan mengenai lelaki terbabit yang juga didakwa telah menghancurkan rumah mereka.
Sumber : Reporter






















Comments
Post a Comment